PENGENALAN
Dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, Rangkaian Wayarles Kawasan Setempat atau WLAN menjadi sangat penting dalam memenuhi keperluan rangkaian moden. Wireless Local Area Network (WLAN) adalah jaringan komputer yang memungkinkan perkakasan untuk berkomunikasi tanpa menggunakan kabel fizikal. Konsep ini memiliki kepentingan yang signifikan dalam perkembangan rangkaian hari ini.
KELEBIHAN WAYARLES LOCAL AREA NETWORK (LAN)
1. Mobiliti dan Fleksibili:
Salah satu kelebihan utama WLAN adalah mobiliti yang ditawarkan. Pengguna dapat bergerak bebas tanpa had dan kebergantungan terhadap sambungan kabel fizikal. Capaian Internet boleh dibuat tanpa terikat pada posisi atau lokasi tertentu.
2. Kemudahan Pemasangan dan Peningkatan Kapasiti Keupayaan:
Pelaksanaan WLAN membolehkan pentadbir rangkaian untuk menambah jumlah perkakasan Akses Wayarles (AP) bagi menyokong peningkatan kapasiti pengguna dalam rangkaian tanpa perlu membuat pemasangan kabel horizontal dan port rangkaian berwayar yang banyak.
3. Kos Lebih Ekonomi:
Secara keseluruhan kos pelaksanaan WLAN adalah lebih murah berbanding kos pelaksanaan rangkaian berwayar kawasan setempat.
PIAWAIAN RANGKAIAN WAYARLES INSTITUTE OF ELECTRICAL AND ELECTRONICS ENGINEERS (IEEE)
Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) telah membangunkan beberapa piawaian rangkaian wayales bagi membolehkan perkakasan rangkaian dapat berfungsi dengan baik antara peranti pengguna dan perkakasan rangkaian lain.
Jadual 1 Ciri-Ciri dan Keupayaan Berdasarkan Beberapa Piawaian Wayarles

PANDUAN PEMBANGUNAN RANGKAIAN WAYARLES KAWASAN SETEMPAT
Terdapat beberapa langkah utama yang boleh dijadikan panduan dalam pembangunan rangkaian wayarles kawasan
setempat. Antaranya seperti senarai yang berikut:
- Semakan keperluan keseluruhan agensi dan perancangan.
- Tinjauan awal tapak, topologi, reka bentuk dan teknologi bersesuaian.
- Semakan litupan signal frekuensi radio, kapasiti dan peta haba (heatmap).
- Tinjauan manual litupan signal frekuensi radio (AP on a stick).
- Semakan akhir reka bentuk, alamat Internet Protocol (IP), keselamatan dan pilihan perkakasan.
- Pemasangan, penetapan konfigurasi perkakasan WLAN dan ujian.
- Pemantauan berterusan dan pengoptimuman prestasi WLAN.
Semakan Keperluan Keseluruhan Agensi dan Perancangan
Dalam fasa ini, keperluan utama agensi, status dan senario semasa pelaksanaan rangkaian wayarles serta jurang perbezaan keperluan rangkaian wayarles agensi
akan dikenal pasti. Objektif pelaksanaan rangkaian wayarles juga ditetapkan. Contohnya, pemasangan rangkaian wayarles adalah untuk (i) pelaksanaan
persekitaran kerja mudah alih yang lebih dinamik; (ii) membolehkan capaian maklumat dibuat dari mana-mana ruang kerja; (iii) mengatasi isu liputan signal yang tidak mencukupi; (iv) menaik taraf wayarles AP untuk memenuhi keperluan pertambahan kapasiti lebar jalur; (v) keperluan sambungan perkakasan Internet Benda (IoT); atau (vi) pemasangan menggantikan perkakasan rangkaian wayarles yang telah usang End of Service (EoS) yang tidak menyokong keperluan keselamatan terkini. Perancangan awal reka bentuk boleh ditetapkan berdasarkan maklumat kawasan litupan terlibat, jangkaan bilangan aplikasi/perkakasan yang akan disambung dan pengguna rangkaian wayarles. Semakan awal teknologi dan produk wireless juga dibuat bagi mengenal pasti jenis wayarles AP/wayarles controller yang mungkin akan digunakan.
Tinjauan Awal Tapak, Topologi, Reka Bentuk dan Teknologi Bersesuaian
Semasa tinjauan awal, semakan kepada struktur fizikal akan dijalankan seperti ketinggian siling, ketebalan dinding konkrit, dinding kaca, jenis pintu, telefon Bluetooth, wayarles AP lain, ketuhar gelombang mikro, wayarles smart TV/projektor, wayarles CCTV, pengesan (sensor) IoT, kepadatan pengguna dan penentuan laluan kabel. Semakan frekuensi lain yang boleh mengganggu atau memberi kesan terhadap kawasan litupan signal WLAN juga dilakukan. Perisian perancangan/tinjauan wayarles seperti Ekahau dan seumpamanya boleh digunakan untuk pembangunan peta haba (heatmap) bagi mengenal pasti kekuatan dan litupan signal wayarles, lokasi penempatan wayarles AP, bilangan wayarles AP, topologi, reka bentuk rangkaian dan semakan awal teknologi yang bersesuaian.
Semakan Litupan Signal Frekuensi Radio, Kapasiti dan Peta Haba (Heatmap)
Semakan litupan ini boleh dilaksanakan menggunakan perisian perancangan/tinjauan peta haba. Maklumat yang diperoleh semasa tinjauan awal tapak bersama pelan lantai boleh digunakan untuk mendapatkan anggaran awal litupan signal, lokasi sesuai pemasangan wayarles AP, jenis wayarles AP danbilangan wayarles AP. Litupan dengan kekuatan signal -67dbm boleh dijadikan panduan sebagai kekuatan signal minimum diperlukan untuk pengguna menggunakan WLAN dengan baik.

Rajah 1 Contoh Peta Haba Bagi Rangkaian Wayarles
Tinjauan Manual Litupan Signal Frekuensi Radio (AP on a stick)
Setelah cadangan awal lokasi untuk pemasangan AP dikenal pasti melalui penggunaan perisian, semakan litupan secara manual dilakukan. Ini adalah untuk
mengenal pasti ketepatan hasil tinjauan melalui perisian sebelum ini. Proses ini boleh dilakukan dengan memasang AP pada sebatang kayu (AP on a stick), komputer riba dan telefon bimbit. AP dibawa ke tempat cadangan pemasangan dan litupan signal disemak berdasarkan kekuatan signal frekuensi radio (minimum: -67dbm) yang diterima oleh komputer riba dan telefon bimbit. Cadangan awal lokasi pemasangan AP ditetapkan atau disahkan semasa tinjauan manual ini.
Semakan Akhir Reka Bentuk, Alamat IP, Keselamatan dan Pilihan Perkakasan
Semakan akhir reka bentuk dibuat selaras dengan teknologi dan produk wayarles yang akan digunakan. Penetapan julat alamat IP yang digunakan akan dikenal
pasti bagi memastikan tiada isu konflik dan memudahkan penalaan trafik rangkaian. Piawaian wayarles, ciri-ciri keselamatan dan fungsi-fungsi wayarles untuk memudahkan proses onboarding, pemantauan melalui visibiliti trafik rangkaian wayarles, keupayaan integrasi dengan perkakasan Identity Access Management/Active Directory/Lightweight Directory Access Protocol, semakan troubleshooting dan pelaporan juga akan ditetapkan. Jenis, saiz dan bilangan
perkakasan rangkaian wayarles akan ditetapkan dengan mengambil kira keperluan lain seperti bilangan pengguna yang akan disokong, kapasiti lebar jalur, anggaran keperluan tambahan kapasiti akan datang, keperluan keselamatan, lokasi/tempat pemasangan dan anggaran kos pelaksanaan.
Pemasangan, Penetapan Konfigurasi Perkakasan WLAN dan Ujian
Pemasangan boleh dibuat selepas selesai proses semakan dan penerimaan perkakasan. Pemasangan dilakukan berdasarkan lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini. Konfigurasi perkakasan WLAN pula ditetapkan berdasarkan keperluan dan kesesuaian persekitaran. Seterusnya, beberapa semakan dan ujian boleh dilakukan seperti senarai di bawah;
- Semakan litupan hanya ke kawasan yang diperlukan sahaja.
- Pastikan litupan tidak sampai ke kawasan tidak sepatutnya. Contoh, kawasan perumahan bersebelahan.
- Pastikan wayarles AP tidak dipasang dalam pusat data/bilik server.
- Semakan penggunaan saluran frekuensi dan gangguan pertindihan gelombang frekuensi.
- Semakan penetapan lebar jalur.
- Semakan kawalan akses capaian pengguna dan tetapan konfigurasi berkaitan keselamatan.
- Semakan terhadap AP asing atau tidak sah (rouge AP).
- Pengujian onboarding and capaian .
- Semakan prestasi dengan ujian muat turun/naik, sidang video dan penstriman.
- Penetapan prestasi asas (baseline).
- Penetapan threshold and alert.
- Semakan dashboard pemantauan SLA/SLG.
- Semakan janaan laporan.
- Pastikan semua konfigurasi dan hasil ujian didokumentasi untuk tujuan rekod
Pemantauan Berterusan dan Pengoptimuman Prestasi WLAN
Pengoptimuman perlu dilakukan bagi memastikan objektif pelaksanaan WLAN dapat dicapai dan beroperasi dengan baik. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan perisian kawalan wayarles dan perisian perancangan/tinjauan wayarles. Antara semakan seterusnya boleh dilakukan adalah seperti yang berikut:
- Pelaporan masalah.
- Signal/power gain control.
- Radio Resource Management (RRM).
- Wayarles client load balancing.
- Wayarles Beacon Interval.
- Sticky client.
- Dynamic Multicast Optimization.
- Kadar ralat.
- Penyesuaian semula konfigurasi (tuning).
- Relokasi AP jika perlu.
- Semakan pemantauan SLA/SLG.
- Semakan kestabilan dan persediaan untuk ujian penerimaan pengguna (UAT).
- Kemas kini dokumentasi berdasarkan perubahan yang telah dilakukan.
Secara keseluruhannya, pemahaman keperluan rangkaian, pengetahuan berkaitan piawaian dan teknologi rangkaian wayarles merupakan keperluan asas dalam pembangunan dan pelaksanaan rangkaian wayarles kawasan setempat.
RUJUKAN
Cisco. (2023). Schools Wireless LAN Deployment Guide. Retrieved December 14, 2022, from the World Wide Web: https://www.cisco.com/c/dam/en/us/td/docs/solutions/Verticals/Education/SRA_Schools/ schoolSRA_wlan_sba.pdf.
Ekahau. (2023). Wi-Fi Design Best Practices. Retrieved December 14, 2022, from the World Wide Web:https://www.ekahau.com/blog/wi-fi-design-best-practices/.
Geier, J. (2007). Designing and Deploying 802.11n Wireless Networks. Cisco Press. Retrieved January 14, 2023, from the World Wide Web:https://www.ciscopress.com/store/designing-and-deploying-802.11-wireless-networks-a-practical-9781587058898.
Jennifer, E. (2022). 9 Steps For Wireless Network Planning And Design. Retrieved February 18, 2023, from the World Wide Web:https://www.techtarget.com/searchnetworking/feature/How-to-tackle-wireless-network-planning-in-9-steps.
Mathias, C. (2010). Wireless LANs: Implementing Interoperable Networks. Macmillan Technical Publishing. Netspot. (2023). WiFi Deployment: Your Complete Guide to a Strong Signal. Retrieved Mac 22, 2023, from the World

