1.0 Pengenalan
Dalam era digital yang semakin berkembang, sektor awam menghadapi cabaran besar dalam memastikan sistem aplikasi mampu memenuhi keperluan rakyat dan berfungsi dengan efisien. Bahagian Perundingan Digital (BPD), Jabatan Digital Negara (JDN) telah melaksanakan satu kajian untuk menilai penggunaan tools yang sering digunakan dalam pembangunan sistem aplikasi di sektor awam. Kajian ini tidak hanya bertujuan memberikan panduan dalam pemilihan tools yang tepat tetapi juga untuk meningkatkan kepakaran pembangun sistem sektor awam.
2.0 Definisi Tools
Tools merupakan perisian atau program yang digunakan oleh pembangun aplikasi (developer) untuk membantu dalam proses kitar hayat pembangunan sistem bagi memastikan proses pembangunan lebih efisien, teratur dan berkualiti. Rajah 1 menunjukkan tools yang digunakan dalam pembangunan aplikasi.
Rajah 1

3.0 Gambaran Keseluruhan Kajian Penggunaan Tools Pembangunan Sistem Sektor Awam
Kajian ini bermula pada Disember 2023, melibatkan pelbagai peringkat kajian termasuk pengumpulan data, analisis dan penyediaan laporan.
Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti tools dan perisian yang sering digunakan dalam pembangunan sistem sebagai rujukan serta panduan pembangunan sistem sektor awam.
Skop kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji maklumat teknologi aplikasi dalam Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA) dan juga mengkaji maklumat tools yang sering digunakan dalam pembangunan sistem dengan melaksanakan aktiviti sorotan kajian.
4.0 Hasil Dapatan Kajian
Kajian melalui Sistem RASA mendapati maklumat teknologi aplikasi yang sering digunakan oleh agensi sektor awam hanya kepada bahasa pengaturcaraan, rangka kerja aplikasi web, pangkalan data, sistem pengoperasian dan pelayan web seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2

Melalui sorotan kajian, dengan membuat padanan maklumat dalam Rajah 2, tools yang popular dalam pembangunan sistem aplikasi masa kini mengikut aktiviti Metodologi KRISA adalah seperti dalam Rajah 3 dan Rajah 3i.
Rajah 3 dan Rajah 3i

5.0 Cadangan Rujukan Tools Perisian Terbuka untuk Pembangunan Sistem Sektor Awam
Hasil perbandingan penggunaan maklumat teknologi aplikasi yang digunakan dalam pembangunan sistem aplikasi oleh pegawai Sektor Awam dengan sorotan kajian oleh pembangun sistem dalam industri, pembangun sistem dicadangkan untuk menggunakan tools perisian dari sumber terbuka disebabkan faedah seperti dalam Rajah 4:
Rajah 4

- Strategi bagi Meningkatkan Keberkesanan Pembangunan Sistem Aplikasi Sektor Awam
Berikut adalah beberapa strategi yang dicadangkan bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan sistem aplikasi sektor awam:
- Latihan dan Pensijilan: Menyediakan latihan khusus dan program pensijilan untuk Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dalam penggunaan tools yang telah dikenal pasti dengan kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA) JDN dalam usaha pembangunan kepakaran pegawai yang terlibat.
- Penggunaan Sistem RASA Sebagai Rujukan: Memperkukuhkan Sistem RASA dengan menambah baik input penggunaan tools dalam setiap fasa pembangunan sistem. Sistem ini bukan sahaja akan berfungsi sebagai repositori maklumat tetapi juga sebagai rujukan yang komprehensif bagi agensi-agensi kerajaan untuk memilih tools yang tepat selaras dengan perkembangan teknologi.
- Senarai Tools Sumber Terbuka di Portal OSDEC: Menggunakan tools sumber terbuka yang terkini yang diguna pakai berdasarkan trend semasa di Portal OSDEC dengan kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA).
7.0 Kesimpulan
Kajian ini memfokuskan kepentingan pemilihan tools yang lebih tepat dalam pembangunan sistem aplikasi sektor awam. Dengan meningkatkan kepakaran pembangun melalui latihan, kolaborasi dan penggunaan teknologi yang sesuai, agensi kerajaan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pembangunan aplikasi bagi memenuhi keperluan rakyat. Cadangan hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan dalam membangunkan dan menyediakan sistem aplikasi yang lebih baik dan berkualiti di agensi masing-masing.
RUJUKAN
Jabatan Digital Negara (JDN). (2023, Julai). Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 1 Tahun 2023 Pelaksanaan Pengurusan Portfolio Aplikasi Kerajaan Melalui Penggunaan Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam. https://dasar.jdn.gov.my/search-d/download-file/350/ efb63306d63091e47989194055e032e0
Portal Jaminan Kualiti Perisian (SQA) Aplikasi Sektor Awam. (2024). Buku Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA). https://sqa.jdn.gov.my/index.php/ms/garis-panduan/garis-panduan-pembangunan-aplikasi-krisa
Program Pembangunan Sistem Dan Keupayaan Sumber Terbuka atau Open Source Development and Capability Programme (OSDeC). (2022, September). Rangka Kerja Pelaksanaan DevOps. https:// www.osdec.gov.my/wp-content/uploads/2024/10/KJN_RGK_MAMPU_DEVOPS_V1.40.pdf
Program Pembangunan Sistem Dan Keupayaan Sumber Terbuka atau Open Source Development and Capability Programme (OSDeC). (2023, Ogos). Panduan Pelaksanaan DevOps dalam Pembangunan Sistem Aplikasi Sektor Awam. https://www.osdec.gov.my/wp-content/ uploads/2024/10/Panduan_DevOps_MAMPU-V1.40.pdf
Universiti Putra Malaysia (UPM). (2024, Ogos). Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA). https://idec.upm.edu.my/artikel/sistem_repositori_aplikasi_sektor_awam_rasa-81137

